14 May, 2017

HARI-HARI ISTIMEWA DIKONGSI BERSAMA



Salam sejahtera untuk semua pembaca yang masih sudi mengikuti perkongsian diblog ini. 

Mei datang lagi bersama hari-hari istimewa untuk dikongsi bersama kanak-kanak dalam pendidikan awal mereka. Sebagai warga pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, tugas kita adalah untuk mendidik kanak-kanak betapa pentingnya kita menghargai insan-insan yang berada di persekitaran mereka sama ada di rumah, di sekolah, komunti dan negara mereka. Sekaligus mendidik mereka menghormati dan tahu bagaimana untuk menjalin hubungan baik dengan insan-insan tersebut dan tidak melupakan untuk menyatakan perasaan meski pun cukup sekadar mengucapkan "TERIMA KASIH".

Secara peribadi, sebagai seorang ibu dan guru, perkataan "TERIMA KASIH" itu sudah cukup sebagai suatu lambang penghargaan terhadap segala usaha selama ini. Ibu dan guru merupakan golongan yang sangat mempengaruhi kanak-kanak. 

Ibu dan guru, jadilah ibu dan guru yang sentiasa menjaga tatasusila dan kata-kata ketika bersama kanak-kanak. Kanak-kanak sering menggunakan atau "quote" kata-kata dan perbuatan yang didengar dan dilihat dari golongan dewasa. Contohnya jika di sekolah, mereka akan berkata; "Emak kata...." dan apabila berada di rumah, mereka akan berkata; "Cikgu kata...".

Akhir kata; Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru untuk anda. Jumpa lagi..