06 August, 2016


Salam sejahtera.

Maaf zahir batin dari saya dengan berlalunya Syawal. Namun saya percaya masih ada yang mengadakan majlis pertemuan di setiap hujung minggu yang berbaki. Kesibukan menguruskan hal rutin pada hari bekerja menghadkan masa yang sesuai untuk bertemu dengan semua kenalan dan keluarga. Walau apa pun, tujuan utama adalah untuk mengeratkan hubungan sesama insan. 

Saya masih menerima pertanyaan dari mereka yang berminat mengenai pendidikan awal kanak-kanak terutama mengenai TASKA. Saya tidak mampu menjawab setiap pertanyaan anda, namun saya cuba membantu dengan memberikan anda tempat rujukan seperti persatuan yang menyediakan kursus yang berkaitan.

Untuk memulakan perniagaan dalam pendidikan  awal kanak-kanak, saya sarankan anda sertai Kursus Asas Permata(KAP) yang dijalankan oleh agensi yang diiktiraf oleh pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).

Melalui kursus seperti ini diharap anda akan dapat memanfaatkannya melalui pendedahan dan peluang untuk menambah network atau jaringan untuk perniagaan, bertemu dengan mereka yang lebih berpengalaman dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah lama berada dalam industri.

Mungkin anda akan persoalkan: ada ijazah pun kena ke sertai kursus?

Oleh kerana soal pelesenan dan permit melibatkan akta, badan-badan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, anda masih perlu memiliki sijil kursus tersebut yang mana segala kehendak dan keperluan bagi setiap badan yang terlibat akan dimaklumkan sewaktu dalam kursus.

Antara yang boleh saya cadangkan adalah:-

PERSATUAN TASKA NEGERI SELANGOR
Tingkat LG, Bangunan Darul Ehsan,
No.3, Jalan Indah, 
Seksyen , Shah Alam
Selangor
Tel: 03-5510 7655 (9.00am - 5.30pm)

Semoga bermanfaat untuk anda yang berminat.

Saya ucapkan Selamat Maju Jaya.

Jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment