07 June, 2016

RAMADHAN 2016




Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca budiman walau dimana jua anda berada.

Agak lama saya tidak meneruskan penulisan diblog ini. Saya mohon maaf kerana saya mencari ruang waktu yang amat selesa buat saya berkarya dilaman blog ini. Bagi anda yang menyertai laman Facebook https://www.facebook.com/sapiahhussien, mungkin ada mengikuti isi kandungannya yang juga tidak begitu aktif, tetapi cukup bagi saya untuk berkongsi aktiviti terkini dari saya. 

Salam Ramadhan buat pembaca Muslimin dan Muslimat sekalian. Semoga Ramadhan kali ini membawa kejayaan dunia dan akhirat buat kita. Bagi pembaca bukan Islam harapan saya anda dapat berkongsi keseronokan rakan yang menjalani amalan dibulan puasa ini. Kemeriahan yang dapat dirasai sewaktu berada di pasar Ramadhan terutama di Malaysia. Seperti yang dikongsikan oleh rakan sekerja saya kini yang kebanyakannya adalah bukan Islam, tetapi mereka menghormati keperluan ibadah bagi rakan beragama Islam seperti waktu solat dan lebih lagi dibulan Ramadhan. Mereka turut mengingatkan anak didik mereka untuk menghormati rakan, guru dan kakitangan yang beragama Islam.

Bagi kanak-kanak taska, tidak semua memahami apa itu Ramadhan. Namun bagi kanak-kanak tadika terutama yang telah mencecah usia enam tahun sudah mula memahami apa itu Ramadhan, mengapa perlu berpuasa, apa aktiviti yang terdapat dalam bulan Ramadhan dan sebagainya. Malah ada juga yang sudah mula dilatih oleh pihak pendidik serta ibu bapa untuk belajar berpuasa. Buat permulaan mungkin boleh dimulakan dengan untuk beberapa jam, kemudian boleh dilanjutkan secara perlahan-lahan tanpa paksaan. Cukup untuk memberi mereka pengalaman dan sedar tentang beberapa perkara seperti rasa ehsan didalam diri tentang betapa sukarnya kehidupan orang yang tidak berkemampuan berbanding diri mereka.  

Bagi golongan Islam yang dewasa, apalah makna Ramadhan ini tanpa ibadah yang sunat dan wajibnya. Jadi, rebutlah peluang yang datang hanya sebulan dalam setahun dalam kalendar hijrah untuk umat Islam. Dikesempatan ini, sekali lagi saya memohon ampun dan kemaafan dari anda jika terdapat kekurangan dalam perkongsian saya melalui laman blog sebelum ini dan jumpa lagi di ruangan penulisan yang akan datang...

No comments:

Post a Comment