23 June, 2013

KANAK-KANAK DAN TEKNOLOGI



Zaman sudah berubah... Ini adalah ungkapan yang sering didengar bila menyentuh mengenai soal penggunaan peralatan teknologi atau gadget yang semakin canggih dengan pelbagai perisiannya. Kanak-kanak dalam usia yang terlalu awal terdedah kepada teknologi ini dan ada yang lebih cekap dari orang dewasa sendiri.

Di taska, kebanyakan pihak pengusaha melarang penggunaannya atau membawa peralatan tersebut ke taska oleh kanak-kanak sewaktu ibu/bapa/penjaga  menghantar anak mereka. Malah didalam syarat dan peraturan juga ada dimasukkan klausa tersebut. Malangnya, seperti dinyatakan diawal tadi, zaman sudah berubah... tidak dapat tidak pihak taska terpaksa berhadapan dengan situasi dimana, ibu/bapa/penjaga terpaksa menghantar anak-anak ke taska bersama dengan gadget yang dikatakan segalanya pintar tersebut dimana harganya mencecah ratusan malah ribuan ringgit kerana tidak mahu meninggalkan anak-anak dalam keadaan menangis dan sebagainya.

Isu sensitif, tetapi ibu/bapa/penjaga perlu menyedari kesannya dan tidak seharusnya menyalahkan pihak taska jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka terhadap peralatan tersebut seperti; hilang, rosak dan sebagainya.

Dari pengamatan saya, pihak taska perlu kreatif untuk mengalihkan perhatian kanak-kanak ini dari peralatan tersebut. Mungkin boleh dibenarkan dalam tempoh tertentu(tidak lebih dari 30 minit) sambil diberikan pilihan bermain peralatan lain dan kemudian disimpan ditempat yang sukar dicapai oleh kanak-kanak. Jelaskan mengapa anda berbuat demikian. Menggunakan "kuasa veto" amatlah tidak digalakkan, maksud saya seperti mengambil secara paksa dari kanak-kanak tersebut.