29 May, 2013

KECEDERAAN DI TASKA


Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Kejadian yang melibatkan kecederaan dan kemalangan amatlah tinggi terutama dikalangan kanak-kanak. Dalam sekelip mata, apa pun boleh berlaku. Ini adalah kerana perkembangan kebolehannya untuk berfikir masih belum matang dan tingkahlaku yang sukar dijangka sentiasa memerlukan tahap pengawasan keselamatan yang tinggi. 

Sebagai pengusaha dan kakitangan taska, antara tanggungjawab adalah meminimumkan kejadian atau menghindarkan berlakunya perkara yang melibatkan kemalangan dan kecederaan,apatah lagi yang melibatkan kes kematian. Saya pasti ramai rakan pengusaha taska yang bertanggungjawab, cuma mungkin segelintir kakitangan atau pengasuhnya yang tidak amanah serta cuai dalam melaksanakan tugas yang diberi.

Saya ingin kongsikan kepada pengusaha taska mengenai menyediakan laporan kemalangan yang berlaku di taska anda. Sila baca dan jika anda ada sebarang cadangan atau anda memerlukan salinan dalam format microsoft words,  sila email kepada saya di sapiah.h@gmail.com


TASKA …………………………..
LAPORAN KECEDERAAN INDIVIDU

Nama Kanak-Kanak:                                               Tarikh Kejadian:

Tarikh Lahir:                                                            Waktu:  
         
Jam:

Nama Ibu:                                                                  Waktu dihubungi: 
                                                                                    Jawapan panggilan:

Nama Bapa:                                                               Waktu dihubungi:
                                                                                    Jawapan panggilan:

Keterangan Kecederaan:

Rawatan kecemasan awal dilakukan:

Adakah khidmat perundingan doktor diperolehi:

Nama doktor dan alamat:

Diagnosis oleh doktor:  

Jumlah hari kanak-kanak tidak hadir selepas kejadian:

Pengasuh yang terlibat sewaktu kejadian:

Pengasuh yang terlibat selepas kejadian:

Penerangan aktiviti, lokasi dalam kemudahan dan keadaan, sebaik sebelum dan pada masa kecederaan:



Laporan disediakan oleh:                                         Tarikh:

2 comments:

  1. Selalunya dalam banyak kes, taska akan dipersalahkan atau disaman. Adakah satu klausa yang membolehkan taska saman ibu bapa atas perkara-perkara tertentu? Contohnya, anak yang demam teruk tidak boleh dihantar ke taska, tetapi ibu bapa hantar juga. dan kemudian ia berjangkit kepada kanak-kanak lain?

    ReplyDelete
  2. Dhilla,

    Bergantung kepada anda untuk memasukkan klausa sewaktu menyediakan syarat & peraturan dalam proses pendaftaran kemasukan kanak-kanak. Oleh kerana kebanyakan taska adalah taska persendirian/swasta. Anggaplah ianya bagai pepatah lama "masuk kandang kambing mengembik,masuk kandang kerbau menguak". Maksudnya setiap ibu bapa penjaga wajib menghormati segala peraturan yang ada kerana ianya diadakan untuk kebaikan semua pihak.

    Ada satu cadangan diadakan bilik pengasingan untuk kanak-kanak yang tidak sihat. Dan saya faham ianya melibatkan kos yang berasingan. Kanak-kanak diasingkan, dan melibatkan juga penambahan tenaga kerja. Jika begitu, katanya; kenakan caj tambahan untuk itu.

    Sesungguhnya bilik pengasingan bukanlah bermakna ibu bapa penjaga boleh menghantar anak yang tidak sihat untuk dijaga seperti biasa. Ianya bermaksud sementara menunggu ibu bapa penjaga datang ke taska mengambil anak mereka dengan kadar segera setelah didapati anak tersebut mengalami tahap kesihatan yang tidak memuaskan seperti demam yang secara tiba2.

    ReplyDelete