01 September, 2012

SELAMAT HARI RAYA - MERDEKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam 1Malaysia untuk pengunjung blog ini. 

Suatu jangka waktu yang cukup lama buat seorang penulis diblog seperti saya merehatkan minda dari berkongsi maklumat buat pembaca sekalian. Seolahnya sudah tiada idea walaupun sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama anda.

Sempena bulan yang penuh dengan keceriaan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat anda, maaf zahir dan batin jika ada kesilapan bahasa serta kekeliruan dari segi penyampaian maklumat sepanjang mengendalikan blog ini. 

Tidak lupa ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Merdeka, merdeka! merdeka!. Alhamdulillah, masih diberikan waktu oleh-Nya untuk menikmati sisa-sisa hidup di negara bertuah, Malaysia. Terima kasih kepada pemimpin serta pejuang bangsa dan negara yang banyak berbakti untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Untuk kali ini, mungkin boleh dikatakan suatu berita baik buat sebilangan pengusaha taska, saya bawakan keratan akhbar yang saya baca sebentar tadi. Seronok membacanya, tetapi tidak untuk saya kerana saya masih belum layak untuk peluang berikut. Sila klik pada gambar keratan akhbar berikut untuk membaca perkongsian maklumat ini.

Salam penuh kemaafan dari saya untuk anda. 


Terima kasih








1 comment:

  1. Assalaamualaikum puan, saya peminat setia blog ini.

    Boleh saya dapatkan pendapat puan mengenai kaedah menguruskan ibu-bapa yang lambat membayar yuran serta melengah-lengahkan pembayaran yuran?

    Terima kasih.
    -AbdulMuiz
    Chulan Child Care Centre

    ReplyDelete