11 November, 2012

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK



Kepada pengunjung blog ini terutamanya yang tinggal berdekatan dengan alamat yang tertera diatas, jika anda berminat untuk menyertai Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak sila berhubung melalui email kepada Puan Siti Rohani. 

Terima kasih.


27 September, 2012

PERSEDIAAN UNTUK 2013

September adalah bulan dimana ibu bapa mula mencari dan meneroka maklumat mengenai tempat yang sesuai untuk anak-anak bakal dihantar untuk dijaga, diasuh dan dididik sementara waktu mereka keluar bekerja mencari rezeki untuk seisi keluarga dalam usaha memenuhi tuntuntan hidup yang sementara ini.

Untuk semua pengusaha dan bakal pengusaha, semoga anda telah bersedia untuk sebarang kemungkinan soalan yang akan diajukan kepada anda.

Saya percaya minda anda telah bersedia dengan jenis perkhidmatan, syarat dan peraturan, sebutharga yang telah anda sediakan sebelum ini.

Berpegang kepada pendirian anda, usah mudah goyah dengan segala provokasi yang bakal anda hadapi.

Anda tahu kos yang anda perlu tanggung, dan mereka sebenarnya juga tahu, cuma kadangkala terlupa atau sengaja melupakan tentang hal ini.

Usah berperang dari segi harga perkhidmatan kerana ini akan hanya merosakkan industri yang sedang anda terokai.

Berikan perkhidmatan yang termampu anda sediakan dan usah memberikan janji-janji kosong kepada ibu bapa.

Bercakap dengan mood yang gembira walaupun menerima persoalan yang agak mengecewakan.


Senyum-senyum selalu....

05 September, 2012

APABILA BAYI MENANGIS...

Apabila bayi menangis, ianya bukanlah sesuatu yang unik untuk berhubung, tetapi ianya adalah perhubungan. Anda menghampiri untuk mengangkatnya. Pastikan anda menuju kearah bayi dari arah hadapan. Cuba elakkan mendekati bayi dari arah sisi(kiri atau kanan) atau dari arah kepala(belakang). Bermakna anda menghormati bayi dan dengan cara ini bayi tidak akan merasa terkejut.


01 September, 2012

SELAMAT HARI RAYA - MERDEKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam 1Malaysia untuk pengunjung blog ini. 

Suatu jangka waktu yang cukup lama buat seorang penulis diblog seperti saya merehatkan minda dari berkongsi maklumat buat pembaca sekalian. Seolahnya sudah tiada idea walaupun sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama anda.

Sempena bulan yang penuh dengan keceriaan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat anda, maaf zahir dan batin jika ada kesilapan bahasa serta kekeliruan dari segi penyampaian maklumat sepanjang mengendalikan blog ini. 

Tidak lupa ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Merdeka, merdeka! merdeka!. Alhamdulillah, masih diberikan waktu oleh-Nya untuk menikmati sisa-sisa hidup di negara bertuah, Malaysia. Terima kasih kepada pemimpin serta pejuang bangsa dan negara yang banyak berbakti untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Untuk kali ini, mungkin boleh dikatakan suatu berita baik buat sebilangan pengusaha taska, saya bawakan keratan akhbar yang saya baca sebentar tadi. Seronok membacanya, tetapi tidak untuk saya kerana saya masih belum layak untuk peluang berikut. Sila klik pada gambar keratan akhbar berikut untuk membaca perkongsian maklumat ini.

Salam penuh kemaafan dari saya untuk anda. 


Terima kasih