05 November, 2011

KANAK-KANAK DAN TANGISAN



Sering saya mendengar bahawa ibu bapa yang risau mendengar anak-anak terutamanya yang berumur empat tahun kebawah menangis sewaktu ditinggalkan dengan pengasuh. Adakalanya mereka akan hanya menangis sewaktu ibu bapa masih berada berhampiran dengan mereka dan selepas beberapa minit kemudian tangisan mereka akan reda dengan sendiri atau selepas dibantu oleh pengasuh. 

Soalan biasa; mengapa anak saya menangis? Bermacam telahan bermain difikiran ibu bapa terutamanya bagi kanak-kanak yang dihantar ke taska. Begitu juga apa yang ada difikiran pengasuh. Saya mungkin sudah lali dengan keadaan ini. Mungkin inilah cara mereka berkomunikasi dengan orang dewasa kerana mereka belum berupaya untuk mengucapkan perkataan yang sesuai menggambarkan perasaan mereka pada ketika itu. Jadi, usah memarahi mereka atau mengucapkan kata-kata yang tidak sesuai untuk didengari kanak-kanak ini. Sebaiknya bertanya dan berikan pilihan. Pasti anda temui jawapan kepada soalan "mengapa" itu tadi.

Jumpa lagi..