30 January, 2011

BOOTSTRAP






Sebagai pengusaha baru/pendatang baru dalam dunia perniagaan taska, anda perlu berhati-hati dengan cara pengurusan kewangan terutamanya. Bagi pengusaha yang menggunakan pendekatan "BOOTSTRAP", sila ambil berat akan hal ini. Sila klik juga pada perkataan tersebut untuk lebih pemahaman.

Kenalpasti antara kehendak dan keperluan. Utamakan keperluan dahulu sebelum memenuhi tuntutan kehendak. Maksud saya sebagai contoh keperluan untuk menyediakan hal berkaitan keselamatan kanak-kanak di TASKA. Ini melibatkan penyediaan tangga kecemasan jika berlaku kebakaran, misalnya. Utamakan mana yang perlu dahulu. 

Cuba elakkan berhutang lebih dari kemampuan. Sebagai pengusaha baru, anda perlu mengekalkan kesetiaan pelanggan yang sediada. Berikan perkhidmatan yang terbaik yang termampu pihak anda sediakan. Bukan hanya mengikut-ikut cara orang lain atau perniagaan franchise yang telah sedia dikenali oleh orang ramai. Bebanan hutang akan hanya memaksa anda untuk menjadi pengusaha yang akhirnya "terpaksa melanggar" peraturan yang tersedia dalam Akta Taman Asuhan seperti menerima masuk kanak-kanak lebih dari had yang dibenarkan.


03 January, 2011

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Assoc.Prof.Dr.Bustam Kamri, (Ed.D.)


Jika anda bertanya saya mengenai Pendidikan Awal Kanak-Kanak, maka saya akan mengatakan bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk menjawab pertanyaan anda berkenaan hal tersebut. Bimbang akan memberi maklumat yang salah. Sekadar memberi pandangan secara peribadi dengan pengalaman di TASKA, InsyaAllah saya akan cuba membantu. 

Pertemuan singkat saya bersama Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak baru-baru ini (21/12/2010)  sememangnya menambah kesedaran bahawa perlunya mereka yang terlibat dalam pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak memiliki ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang sebenar dan tulen. Ini adalah untuk memastikan semua yang terlibat tidak terpesong dari haluan sebenar dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Selain itu, bidang pendidikan awal kanak-kanak ini menurut beliau amatlah luas. Jika difikirkan, ada kebenarannya. Sebagai contoh, jika bagi seorang pereka perabut untuk kanak-kanak. Golongan sasarannya semestilah kanak-kanak. Beliau perlu tahu segala yang diperlukan untuk tujuan ini seperti bagaimana rekabentuknya, saiznya, warnanya dan sebagainya. Banyak bidang lagi yang terlibat, seperti kata beliau "amat luas". Sememangnya saya bersetuju dengan Prof. Bukan setakat membuka taska, tadika sahaja. Disinilah perlunya menambah ilmu bagi mereka yang berminat dalam industri yang melibatkan "kanak-kanak".

Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Assoc.Prof.Dr Bustam Kamri dan rakan seperjuangan beliau iaitu Assoc.Prof.Dr Putri Zabariah Megat A.Rahman yang sudi meluangkan masa bersama saya di Universiti Tun Abdul Razak. Moga ini bukanlah pertemuan terakhir buat saya bersama mereka. 

Anda boleh layari laman blog beliau dan turut serta mendaftar sebagai "follower", jangan lupa membaca dan jadikan amalan seharian... SILA KLIK DISINI

Terima kasih dan jumpa lagi...