15 July, 2011

KURSUS ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN






Julai ini mengujakan buat saya dan rakan-rakan pengusaha TASKA & TADIKA kerana berpeluang bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi daerah kami. Kursus ini diadakan buat kami sebagai pendedahan dan untuk memberi kefahaman tentang tugas-tugas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Penerangan berkenaan Akta yang berkaitan dalam urusan TASKA & TADIKA, kimia kebakaran, peralatan kebombaan, media pemadaman serta termasuk juga pengurusan pengungsian bangunan. 

Disamping itu, di TASKA & TADIKA kami dikehendaki untuk menjalankan aktiviti latihan kebakaran sebagai persediaan menghadapi saat-saat kecemasan kerana kami berurusan dengan kanak-kanak iaitu nyawa yang tidak ternilai dengan wang & harta benda yang lainnya.Tugas sebagai Pengusaha bukan mudah sebenarnya. Banyak yang perlu dipelajari dan banyak wang yang perlu dilaburkan untuk ilmu yang memberi manfaat kepada semua yang terlibat di TASKA & TADIKA.

Disini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya atas kesudian dan usaha yang menunjukkan betapa mereka prihatin terhadap keselamatan di TASKA & TADIKA. Bayangkan jarak kami dengan Balai Bomba mengambil masa hampir 30 minit. Jika kebakaran berlaku, masa yang diperlukan untuk pengungsian bangunan adalah kurang dari 7 minit. Maka, langkah awal perlu dilakukan oleh kami sementara menunggu pihak bomba sampai dan disebabkan inilah maka kami perlu ada ilmu kebombaan. Anda, bagaimana ?

No comments:

Post a Comment