05 November, 2011

KANAK-KANAK DAN TANGISAN



Sering saya mendengar bahawa ibu bapa yang risau mendengar anak-anak terutamanya yang berumur empat tahun kebawah menangis sewaktu ditinggalkan dengan pengasuh. Adakalanya mereka akan hanya menangis sewaktu ibu bapa masih berada berhampiran dengan mereka dan selepas beberapa minit kemudian tangisan mereka akan reda dengan sendiri atau selepas dibantu oleh pengasuh. 

Soalan biasa; mengapa anak saya menangis? Bermacam telahan bermain difikiran ibu bapa terutamanya bagi kanak-kanak yang dihantar ke taska. Begitu juga apa yang ada difikiran pengasuh. Saya mungkin sudah lali dengan keadaan ini. Mungkin inilah cara mereka berkomunikasi dengan orang dewasa kerana mereka belum berupaya untuk mengucapkan perkataan yang sesuai menggambarkan perasaan mereka pada ketika itu. Jadi, usah memarahi mereka atau mengucapkan kata-kata yang tidak sesuai untuk didengari kanak-kanak ini. Sebaiknya bertanya dan berikan pilihan. Pasti anda temui jawapan kepada soalan "mengapa" itu tadi.

Jumpa lagi..

25 August, 2011

Bersama Irfan Khairi siri01 @ WW , Astro Awani

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat berpuasa di bulan Ramadhan untuk anda. 31 Ogos bakal menjelang, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri untuk pengunjung serta "follower" blog ini dan kali ini saya ingin kongsikan bersama anda sedikit maklumat yang mungkin berguna untuk anda.

Perhatikan mana satu soalan yang agaknya datang dari saya? Sebut asuhan kanak-kanak atau TASKA anda pasti tahu soalan yang manakah datangnya dari saya. Terima kasih kepada pihak IKSB kerana memilih soalan tersebut.

Khas untuk anda, dengarkan dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Irfan Khairi terhadap soalan yang saya ajukan.

Terima kasih dan jumpa lagi.





15 July, 2011

KURSUS ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN






Julai ini mengujakan buat saya dan rakan-rakan pengusaha TASKA & TADIKA kerana berpeluang bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi daerah kami. Kursus ini diadakan buat kami sebagai pendedahan dan untuk memberi kefahaman tentang tugas-tugas pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Penerangan berkenaan Akta yang berkaitan dalam urusan TASKA & TADIKA, kimia kebakaran, peralatan kebombaan, media pemadaman serta termasuk juga pengurusan pengungsian bangunan. 

Disamping itu, di TASKA & TADIKA kami dikehendaki untuk menjalankan aktiviti latihan kebakaran sebagai persediaan menghadapi saat-saat kecemasan kerana kami berurusan dengan kanak-kanak iaitu nyawa yang tidak ternilai dengan wang & harta benda yang lainnya.Tugas sebagai Pengusaha bukan mudah sebenarnya. Banyak yang perlu dipelajari dan banyak wang yang perlu dilaburkan untuk ilmu yang memberi manfaat kepada semua yang terlibat di TASKA & TADIKA.

Disini, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya atas kesudian dan usaha yang menunjukkan betapa mereka prihatin terhadap keselamatan di TASKA & TADIKA. Bayangkan jarak kami dengan Balai Bomba mengambil masa hampir 30 minit. Jika kebakaran berlaku, masa yang diperlukan untuk pengungsian bangunan adalah kurang dari 7 minit. Maka, langkah awal perlu dilakukan oleh kami sementara menunggu pihak bomba sampai dan disebabkan inilah maka kami perlu ada ilmu kebombaan. Anda, bagaimana ?

05 June, 2011

MAJLIS INTERAKSI BERSAMA MENTERI


Pada 2 Jun 2011, satu Majlis Interaksi YB.Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bersama pengusaha taska WP Kuala Lumpur dan Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Besar, Tingkat 22, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 

Terima kasih dari saya kepada Pegawai JKM Daerah Kuala Selangor kerana memaklumkan kepada saya dan rakan-rakan mengenai pertemuan ini. Ini merupakan pertemuan kedua YB Dato' bersama pengusaha-pengusaha taska. Kehadiran yang saya rasa amat memberangsangkan membuktikan bahawa bukan semua pengusaha enggan mendaftarkan taska sebagai TASKA BERDAFTAR termasuk diri saya sendiri, tetapi ada beberapa isu termasuk beberapa karenah birokrasi yang masih tidak dapat diselesaikan. Sementara itu, apa yang boleh dilakukan adalah menjaga sebaiknya soal kebajikan, keselamatan dan kesihatan kanak-kanak yang ada di taska kami.

Untuk maklumat selanjutnya, SILA KLIK DISINI .

16 April, 2011

TAKE IT OR JUST LEAVE IT !

Lama tidak menulis. Jadi, kali ini saya beri sedikit perkongsian dalam pelbagai aspek. Apa pula tajuk kali ini begitu rupa? Jangan bimbang, teruskan pembacaan anda..

Pertama : Februari, Mac berlalu dengan begitu pantas dan sekarang kita berada di bulan April. Bagi yang mengikuti pengajian seperti saya, akan bakal menduduki peperiksaan bagi Semester Januari pada awal Mei nanti. Suka atau tidak, perlu laluinya bagi mengukur setakat mana kefahaman individu dalam bidang pengajian yang dipilih. Selamat berjaya untuk semua, termasuk saya juga. This one, I'LL TAKE IT AND I WON'T LEAVE IT !

Kedua : Baru-baru ini saya telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor. Surat jemputan telah diterima, jadi jika tidak hadir amat mendukacitakan pihak terbabit. Misinya adalah untuk berkongsi kepada kami pihak pengusaha taska dan tadika mengenai penyakit berjangkit iaitu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Berikut antara gambar yang ada untuk tatapan anda :-


 

Ketiga : Pengusaha taska dan tadika swasta adalah antara mereka yang berada dalam kategori "high risks taker". Bukan mudah ye mahu menjaga kanak-kanak lebih dari seorang. Bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan taska dan tadika sendiri, fikir-fikirkan. Apa-apa juga yang kita lakukan, risiko tetap ada. Tidak melakukan sesuatu pun, risiko tetap ada. So, YOU TAKE IT, OR JUST LEAVE IT ! 

Keempat : Bagi anda yang biasa menjenguk ke blog ini, jika anda ingin menyertai saya di FACEBOOK, search Sapiah Hussien(gambar profil bersama dua anak saya). Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus hantar message melalui FACEBOOK saya. Lebih mudah untuk saya berinteraksi dengan anda. Jangan lupa mendaftar sebagai FOLLOWER di blog ini juga. Jika anda post pertanyaandi wall FB,  saya tidak akan menyimpan post tersebut lebih dari 3 hari. Jadi, sila hantar pertanyaan melalui message FB. Terima kasih bagi yang sudi bertanya. So, YOU CAN TAKE IT OR YOU CAN JUST LEAVE IT...

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi !

30 January, 2011

BOOTSTRAP






Sebagai pengusaha baru/pendatang baru dalam dunia perniagaan taska, anda perlu berhati-hati dengan cara pengurusan kewangan terutamanya. Bagi pengusaha yang menggunakan pendekatan "BOOTSTRAP", sila ambil berat akan hal ini. Sila klik juga pada perkataan tersebut untuk lebih pemahaman.

Kenalpasti antara kehendak dan keperluan. Utamakan keperluan dahulu sebelum memenuhi tuntutan kehendak. Maksud saya sebagai contoh keperluan untuk menyediakan hal berkaitan keselamatan kanak-kanak di TASKA. Ini melibatkan penyediaan tangga kecemasan jika berlaku kebakaran, misalnya. Utamakan mana yang perlu dahulu. 

Cuba elakkan berhutang lebih dari kemampuan. Sebagai pengusaha baru, anda perlu mengekalkan kesetiaan pelanggan yang sediada. Berikan perkhidmatan yang terbaik yang termampu pihak anda sediakan. Bukan hanya mengikut-ikut cara orang lain atau perniagaan franchise yang telah sedia dikenali oleh orang ramai. Bebanan hutang akan hanya memaksa anda untuk menjadi pengusaha yang akhirnya "terpaksa melanggar" peraturan yang tersedia dalam Akta Taman Asuhan seperti menerima masuk kanak-kanak lebih dari had yang dibenarkan.