28 May, 2010

PERNIAGAAN DAN PERUBAHAN


Dalam apa jua perniagaan, pasti ada perubahan yang berlaku. Seperti cuaca juga. Ada hujan , panas  dan kadangkala mendung saja.. Tidak terkecuali juga dalam perniagaan taska. Ianya sama ada, perubahan yang baik (menguntungkan) atau perubahan yang kurang baik (tidak menguntungkan atau dalam bahasa lainnya - rugi) . Adatlah tu..

Menurut kajian yang dikongsikan oleh pakar perniagaan yang saya kenali, tahun pertama sesebuah perniagaan adalah dianggap sebagai "tahun belajar". Ini adalah kerana tahap ini adalah tahap seseorang pengusaha mengenal perniagaannya sendiri. Harus tahu secara keseluruhan mengenai  perjalanan perniagaan anda dan apa yang berlaku/akan berlaku serta cara-cara menanganinya.. 

Oleh itu, pada tahun kedua, anda seharusnya telah faham trend perniagaan taska anda. Dan menurut beliau, tahun kedua adalah "tahun implementasi" bagi seseorang. Tahun di mana anda dapat menggunakan pengalaman yang ada di tahun pertama dan sebaiknya memperbaiki kelemahan yang ada.

Jadi, bila pula boleh dapat keuntungan? Maka, menurut beliau lagi, "kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga". Kebiasaannyalah.... Ini hanya kajian... Dan jika anda antara yang dipilih oleh-Nya untuk memperolehi rezeki tersebut pada tahun yang pertama, maka bersyukurlah. Jangan lupa pula tanggungjawab sebagai seorang manusia di muka bumi ini seperti berzakat, misalnya.

Jumpa lagi

1 comment:

  1. Salam,saya memang tertarik dengan penulisan puan berkenaan dengan taska coz saya memang ingin membuka taska dan tadika.insyaallah dalam masa terdekat ini.kalau boleh saya ingin mendapat sedikit information atau pandangan berkenaan dengan bidang ini.saya suka mencoret sedikit cerita berkenaan dengan kanak2 dalam this blog.hope puan dapat membalasnya.

    ReplyDelete