SENARAI SEMAK BAGI KEHENDAK-KEHENDAK
UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN PENUBUHAN
(JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA DAN PENYELAMAT)
Kehendak bangunan
- Keadaan bangunan yang dibenarkan
- Mempunyai lebih daripada 1 tangga (bagi bangunan bertingkat)
- Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.
- Kedudukan TASKA tidak melebihi had kelengkapan tangga jentera bomba
v Bandaraya – 40 meter
v Bandar kecil – 10 meter
- Bukan bangunan tingkat basement
Ciri keselamatan bangunan
- Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi taska yang terletak dalam bangunan bertingkat
- Mematuhi jarak perjalanan maksimum
- Tiada sistem sprinkler – 30 meter
- Mempunyai sistem sprinkler – 45 meter
- Had jalan mati – 9 meter
- Jarak minimum antara 2 pintu – 5 meter
- Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar
v Bilangan orang maksimum bagi 1 pintu – 12 orang termasuk pengasuh
v Bilangan orang maksimum bagi 2 pintu – 23 orang termasuk pengasuh
Kehendak teknikal
- Antara Taman Asuhan dengan bahagian-bahagian lain (dinaikkan ke paras tingkat – tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam.
- Bilik penyediaan dengan Taman Asuhan (dinaikkan ke paras lantai tingkat) – TKA 2 jam.
- Dinding pejabat – TKA ½ jam
Kehendak kemudahan keluar dan pengosongan premis
- Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri dalam premis tersebut
- Mengadakan trolley nisbah 1 : 6
Mengwujudkan refuge area
- Ruang legar (lobby)
- Koridor
- Kawasan terlindung dalam Taman Asuhan Kanak-Kanak
Mengadakan alat pencegah kebakaran dari jenis yang diluluskan
- 2 bilangan 4.5kg alat pemadam api mudahalih jenis debu kering
- Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self contained)
Kehendak langkah keselamatan
- Tidak dibenarkan menggunakan lilin/pelita
- Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk
- Tidak dibenarkan merokok dalam premis
- Tidak dibenarkan pembakaran terbuka atau memasak. Jika ada aktiviti hendaklah dijalankan dikawasan berasingan yang mempunyai ketahanan api yang dibenarkan.
- Tidak dibenarkan kanak-kanak masuk/dibawa ke ruang bilik penyediaan.
- Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan kemas
- Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan wayar (extension cord)
tangga kecemasan yg dikehendaki ni, ade x panduan seperti berape jarak setiap anak tangga atau pun tahap ke landaian tangga itu?
ReplyDeleteKpd: Anony
ReplyDeleteUNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN
Ruang akses menentang kebakaran hendaklah disediakan di tiap-tiap paras tingkat dan hendaklah ditempatkan supaya jarak perjalanan daripada tempat paling jauh sekali bagi tingkat itu tidak melebihi 45 meter.