SENARAI SEMAK BAGI KEHENDAK-KEHENDAK
UNTUK MENDAPATKAN KELULUSAN PENUBUHAN
(JABATAN KESIHATAN)
Kehendak persekitaran (operasi)
- Premis dan kawasan sekeliling hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
- Rumput dipotong dari semasa ke semasa.
- Tiada bahan buangan serta botol / tin yang menakung air.
Kehendak bangunan
Kehendak kemudahan kebersihan
- Menyediakan ‘elbow tab’
- Menyediakan susur tangan (handrails) untuk kanak-kanak yang kurang upaya.
- Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm (6”) tinggi dari paras lantai.
- Basin mencuci tangan dengan ketinggian tidak melebihi 600mm (2’ – 0”) hendaklah disediakan dengan secukupnya.
Kehendak bangunan operasi
Komponen bangunan
- Dinding d idalam dan di luar bangunan, siling dan lantai hendaklah sentiasa bersih dan memuaskan setiap masa.
- Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil serta parit hendaklah sentiasa didalam keadaan bersih, tidak licin dan air tidak bertakung.
- Mengadakan dapur, bilik mandi dan tandas yang sesuai dan memuaskan serta bersih pada setiap masa.
- Mempunyai ruang dengan kemudahan-kemudahan membasuh yang mencukupi.
- Mempunyai tempat mmbuang sampah atau menggunakan tong sampah dan karung plastic seperti yang ditetapkan.
- Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meter persegi (taska).
- Longkang di dalam kawasan taska hendaklah ditutup dengan papan tetulang konkrit untuk keselamatan.
Peralatan / perabot / kemudahan dalam bangunan
- Semua perabot, alat-alat elektrik dan lain-lain hendaklah berada didalam keadaan bersih dan memuaskan.
- Mengadakan katil/tempat tidur yang sesuai dan mencukupi.
- Menyediakan barang-barang permainan yang elok dan tidak berbentuk tajam.
- Mengadakan kelengkapan permainan yang sesuai dan selamat.
- Mengadakan telefon di bangunan pusat.
- Mengadakan buku daftar kanak-kanak dengan butir ibu/bapa/penjaga.
- Mengadakan buku pelawat.
Kehendak perubatan dan kesihatan
- Mengadakan peti kecemasan ditempat yang sesuai.
- Mengadakan pegawai perubatan pelawat dan butir-butir mengenai pegawai tersebut hendaklah dikemukakan.
- Mengadakan seorang yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menjaga kanak-kanak (sister, jururawat atau seseorang yang berpengalaman dengan kanak-kanak).
- Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan (x-ray dan T.Y.B) bagi pelesen dan pekerja.
- Orang yang mengidap sebarang penyakit dilarang masuk kedalam bangunan pusat.
- Binatang peliharaan seperti anjing, kucing, burung dan sebagainya tidak dibenarkan berada di dalam bangunan.
Penyediaan makanan
- Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak.
- Dilarang menyediakan makanan ringan (junk food) kepada kanak-kanak.
- Semua botol dan putting susu mesti dibasmi kuman.
- Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak yang beragama Islam.
- Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih.
- Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.
Kehendak umum
- Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.
- Menyediakan jadual makan, tidur dan bermain yang sempurna bagi kanak-kanak yang berada di Taman Asuhan penjagaan melebihi 4 jam.
0 Comments:
Post a Comment