21 January, 2010

MEMILIH KAKITANGAN TASKA




Antara perkara paling penting dalam setiap perniagaan perkhidmatan seperti taska adalah kakitangan @ staff @ pekerja dan lain-lain lagi panggilan yang diberi terhadap mereka ini.

Bagi pandangan saya, adalah lebih baik jika anda mengenali bakal pekerja anda. Sama juga seperti seorang mertua yang memilih bakal menantu untuk dijadikan sebagai ahli keluarga. Contohnya, anda mengenali dari mana asal, keluarganya, pendidikannya, lebih-lebih lagi peribadinya.

Mengapa begitu? Kerana bagi saya perkhidmatan taska ini bukanlah untuk mereka yang semata-mata mengganggap wang ringgit sebagai ganjarannya. Perkhidmatan taska ini lebih kepada "sentuhan" dimana ianya akan datang dari "niat" yang murni kerana tugasnya adalah untuk memberikan asuhan dan didikan awal kepada kanak-kanak. Sifat keibuan itu perlu sekalipun pekerja anda adalah lepasan SPM. Dengan ada sifat keibuan ini, insyaAllah mereka akan lebih rasa "ehsan", kasih terhadap kanak-kanak dibawah tanggungjawab. Pernah saya sebut di tulisan saya yang lalu, bahawa pilihlah kerana "agamanya". Kenapa pula begitu? Sebab seseorang yang menjalankan tanggungjawab agamanya dengan sendiri InsyaAllah akan dapat menjalankan tanggungjawab yang lainnya.

Mendidik dan mengasuh juga adalah salah satu tanggungjawab setiap insan di muka bumi ini, setuju?

3 comments:

  1. Memang benar, sebab itu saya rasa lega apabila mendapat tahu ada beberapa pengasuh taska anak-anak saya yang mempunyai diploma pendidikan awal kanak-kanak.

    Selainnya, saya lihat bagaimana mereka berbual dengan saya tentang anak-anak saya. Dis itu kita boleh lihat kesungguhan mereka dalam menjaga kanak-kanak.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah
    pengasuh pun skang dah kena ambil kursus KAAK yg JKM anjurkan kan..sekurang2 nya pengasuh yg x de pengalaman akan faham setiap tindak tanduk yg harus mereka buat..

    ReplyDelete
  3. Alangkah baiknya jika peserta kursus perkahwinan diberikan peluang untuk turut serta dalam KAAK seperti yang diwajibkan kepada kakitangan TASKA. Bukan apa, sekurang-kurangnya mereka dapat juga ilmu mengasuh anak sendiri. Anda setuju?

    ReplyDelete