04 June, 2009

KEBOLEHAN KANAK-KANAK DI USIA 1 TAHUN






















Apabila kanak-kanak telah mencapai usia 1 tahun, adalah merupakan sesuatu yang agak menyedihkan jika kanak-kanak masih tidak dapat dilatih melalui pengalaman yang asas misalnya dalam aktiviti pergerakan, berbahasa serta memegang objek yang kecil. Maka, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa serta sesiapa jua Pembimbing Awal Kanak-Kanak tersebut untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Di usia 1 tahun kebiasaannya kanak-kanak sudah boleh;
  1. Mula berjalan beberapa langkah tanpa pertolongan. Ruang yang rata dan tiada objek yang boleh menyebabkan kanak-kanak jatuh dan mencederakannya adalah penting untuk diambil perhatian.
  2. Membaling dan menjatuhkan objek. Sediakan bola yang mudah dipegang mengikut saiz yang sesuai untuk kanak-kanak membaling/menjatuhkan dan mengambilnya semula. Sediakan juga permainan seperti bentuk bungkah, puzzles yang mudah, kotak-kotak kecil atau botol plastik serta penutup yang sesuai saiznya supaya mudah dipegang oleh kanak-kanak untuk melatih motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini.
  3. Kanak-kanak sudah mula aktif meneroka. Bawalah mereka untuk melakukan aktiviti luar supaya mereka dapat meneroka dengan lebih baik lagi. Selalu perhatikan pergerakannya dan beri peluang untuk memegang sesuatu seperti daun, bunga dan sebagainya sambil anda memberitahu apakah yang dipegangnya.
  4. Kanak-kanak sudah boleh mengulang 2-5 patah perkataan yang pendek. Elakkan menggunakan percakapan dalam bahasa kanak-kanak(pelat) sewaktu berinteraksi dengan mereka.
  5. Mula menyukai untuk membuka lembaran buku atau majalah serta melakar. Sediakan kertas yang besar untuknya melakar.
  6. Mahu melakukan sesuatu perkara sendiri, misalnya makan sendiri. Sediakan potongan/saiz makanan yang kecil supaya mudah untuknya menyuap sendiri serta dapat mengelakkannya dari tercekik.

11 comments:

  1. kkdg bila anak siti dah sthun stgh ni, mcm ada masa2 yg siti rasa siti abaikan saat2 ini...mengajar dia, melatih berckp...bestkan..uniknyer perkmbgn bayi dr sehari ke sehari

    ReplyDelete
  2. Jika begitu, Siti masih ada masa lagi sebelum usianya mencapai 6 tahun. Lakukan apa yang terdaya, jangan lupa doakan untuk anak juga. :)

    ReplyDelete
  3. kadang2 iena sedih dimana ada parents ditaska iena lagi suka klu ada dia x bergaul dgn budak2 aktif..dia takut anak dia dibuli..bab pertuturan pun..mak ni kurang mengajar..yg iena perasan dia lg suka bermain dgn emosi anak...itukan kurang baik utk anak tu sendiri..betul tak...??

    ReplyDelete
  4. Betul tu mama uzma. Sebagai pengasuh & ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak tersebut untuk memilih antara yang baik dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  5. macam2 anak nor pula petah sgt bercakp, sikit2 panggl mama dia nak tunjukan ape yang dia buat, kalau tak dilayan dia meradang, kadang2 penat juga nak mejawab nye. anak nor 1tahun 8 bulan,tambah2 lagi sekarng pregnant 3 bulan.kadang2 nor marah juga lepas tu kesian pula.itu la anak kelakar dgn keletah nye.kadang2 geram dengan tingkah lakunye

    ReplyDelete
  6. apa yg perlu dilakukan kalau anak masih x pandai bercakap di usia 2 tahun...Anak saya yg sulung mmg sgt bijak dan aktif ttp x pandai bercakap lg...kalau bercakap pun sepatah apa sy x faham...bagaimana tu?

    ReplyDelete
  7. anak saya hampir mencecah usia 1 thn 4 bln tp masih xpandai berjalan. dia hanya dpt berdiri dengan berpaut pd kerusi atau org lain..saya sgt risau dgn situasi ini kerana perkembangan nya sgt perlahan..mcm mane ye??

    ReplyDelete
  8. anak saya pun bulan ini baru nak mencapai 1 tahun. tapi belum pandai berjalan. tapi kakinya dah kuat. pandai memanjat. menggantung dirinya di palang besi.
    belum tumbuh gigi.
    rasa risau jugak.

    ReplyDelete
  9. xperlu risau ttg lambt jalan n lambat tumbuh gigi..dia mesti cepat belajar benda lain..mcm anak saya.. 1thn 3 bln br bjln n tumbuh gigi.tp mmg cerdik.alhamdulillah..jgn risau ya

    ReplyDelete
  10. Anak saya pun belum berjalan sampai sekarang.Gigi da tumbuh..1 2 langkah berjalan dia turun n merangkak balik..risau jugk..tp bab memanjat mmg da terlebih pndai..

    ReplyDelete
  11. ank sy skrg 1 thn 6 bulan,,tp lum lncr berckp..just sebut 5-10 ptah perktaan..tp berjln umr 10bulan,,gigi pun hmpir penuh dah..jd risau bila dia lambt berckp

    ReplyDelete