17 June, 2009

BERMULA SECARA KECIL-KECILAN





















Taska di rumah bermaksud;
"menerima masuk kurang dari 10 orang kanak-kanak berumur dibawah 4 tahun dengan upah".

Ramai beranggapan bahawa memulakan taska di rumah mengganggu "privacy" keluarga mereka. Bagi saya, adalah sesuai untuk memulakan perniagaan taska secara kecil-kecilan bagi surirumah yang ingin mengisi masa lapang di rumah sementara ahli keluarga yang lain keluar bekerja dan anak-anak telah bersekolah. Masa operasi juga boleh diatur. Misalnya anda tetapkan masa menghantar dan mengambil kanak-kanak, mengenakan bayaran lebih masa dan sebagainya.

Anda boleh menyediakan tempat yang khas untuk kanak-kanak ini, misalnya sediakan bilik yang khas untuk barang keperluan mereka atau sediakan satu sudut yang sesuai untuk kanak-kanak di bawah jagaan anda. Ada beberapa syarat yang saya ketahui mengenai taska dirumah ini. Misalnya premis yang dijadikan taska di rumah tidak perlu dihias, diatur luarannya sepertimana taska di institusi. Jadi, ini memudahkan anda untuk memulakan taska di rumah tanpa modal yang besar.

Bagi anda yang berhasrat untuk mengumpul modal secara kecil-kecilan mungkin dengan tujuan membesarkan lagi perniagaan pada masa akan datang tanpa membuat sebarang pinjaman untuk tujuan perniagaan taska, inilah cara yang paling selamat. Sementara itu, anda juga telah dapat mengumpul pengalaman menghadapi ragam kanak-kanak dan cara menanganinya kerana setiap kanak-kanak adalah unik dijadikan Allah dengan pelbagai ragam dan karenah untuk menguji kekuatan iman umat manusia. Wallahua'lam..

1 comment:

  1. Salam,
    Saya ingin mengwar-warkan sesi "Start Your Own Playgroup" untuk mereka yang berminat memulakan ALIMKids Playgroup di taska, tadika atau rumah mereka. Peluang terbuka juga untuk mereka yg mempunyai pusat tuition dan ingin mempelbagaikan program di tempat mereka. Sesi ini percuma pada 25hb Julai 3:30-4:30pm di ALIMKids Bookshop, USJ 9. Maklumat lanjut di http://ALIMKidsPlaygroup.blogspot.com.

    ReplyDelete