10 April, 2009

PERNIAGAAN TASKA

Hari ini saya terpanggil untuk membincangkan mengenai "perniagaan" terutamanya perniagaan TASKA kerana kebanyakan email/pertanyaan yang diajukan kepada saya lebih menjurus kepada apa? , bagaimana? mengapa? dan lain-lain lagi. Contohnya;
  1. Apa yang perlu ada bagi seseorang yang ingin membina perniagaan,
  2. Bagaimana untuk memulakan perniagaan,
  3. Mengapa perniagaan tidak berjaya
Ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan TASKA sendiri. Dalam fikiran kebanyakannya menganggap bahawa tugas mengasuh adalah mudah. Semudah mengasuh anak sendiri. Anda silap..!

Perkara yang paling utama adalah anda perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "perniagaan' itu sendiri. Perniagaan adalah aktiviti yang akan memberikan pulangan/keuntungan daripada hasil penjualan produk atau perkhidmatan. Perniagaan TASKA boleh di klasifikasikan sebagai perniagaan perkhidmatan kerana anda memberi khidmat kepada kanak-kanak sebagai ibu bapa gantian sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Dalam apa jua jenis perniagaan, antara perkara paling penting adalah anda sebagai bakal peniaga/usahawan perlu memiliki sifat seperti ;
  1. Minat
  2. Ilmu
  3. Komited
  4. Disiplin
  5. Kreatif
Bukan mudah. Bak kata orang-orang lama, "bukan senang nak senang". :)

4 comments:

  1. saya memang nak buka taska.. tapi bila kena gi kursus lama tu yg tak tahan tu.. sedangkan saya bekerja. dan saya tak boleh cuti lama-lama..

    ReplyDelete
  2. My Blog; InsyaAllah, jika saya ada maklumat mengenai kursus yang diadakan selain dari hari bekerja, saya akan umumkan di sini.

    Terima kasih kerana berkunjung disini. Datanglah lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Sapiah...
    Saya memang minat nak buka taska area shah alam dalam masa terdekat. Setakat ini blm attend mana2 kursus. Blh Pn cadangankan langkah pertama yg harus saya ambil?...kursus kt mana? Nk tahu gak ni blh ke buka taska di apartment..ground floor di shah alam. rasanya majlis perbandaran ada syarat2 dia. Thanks

    ReplyDelete
  4. Tanpa Nama berkata.. : Boleh klik ke laman blog saya, TASKA MALAYSIA, di blog tu saya ada sertakan laman web Persatuan TASKA Negeri Selangor. Ada no. telefon yang boleh dihubungi. Anda boleh dapatkan maklumat tentang Kursus yang mereka adakan. Pejabatnya di Shah Alam juga, mudah untuk anda. Terima kasih.. :)

    ReplyDelete