13 April, 2009

KEBOLEHAN DI USIA 4-5 BULAN




















Pada kebiasaannya apabila bayi mencapai usia 4-5 bulan, anda boleh memerhatikan dan menggalakkan beberapa perkara seperti berikut;
  1. Bayi mengenal dirinya didalam cermin. Anda boleh membiasakan dirinya berada dihadapan cermin dan mulakan percakapan dengannya menggunakan bahasa yang jelas dan betul.
  2. Berupaya senyum/ketawa apabila melihat kita bercakap panjang, berikannya dakapan/belaian yang mesra kerana diusia ini, kanak-kanak mula meminta perhatian.
  3. Mampu untuk berpusing/berbaring dengan sendiri.
  4. Berupaya melihat objek dengan lebih jelas dan merenungnya. Anda boleh mula menunjukkan gambar objek seperti gambar orang dan binatang yang berwarna-warni.
  5. Gemar mencapai apa saja objek yang boleh dicapai, anda boleh letakkan permainan yang lembut dan berwarna terang dengan jarak yang jauh sedikit darinya sekaligus menggalakkannya untuk meniarap dan bergerak kehadapan.
  6. Boleh dipegang kedua tangannya dan dengan perlahan ditarik dari keadaan berbaring kepada duduk.
  7. Diusia ini anda boleh mula bertanya doktor mengenai makanan-makanan tambahan untuk bayi.

TASKA – Nota Dunia Kanak-Kanak,



4 comments:

  1. kak.. bukan ke bayi kita tk bleh kasi tengok cermin sangat2.. tu orang tua tua kata la..

    btw, pasaipa semua blog lain tu hanya invited readers?

    ReplyDelete
  2. LediAgli;
    apa yang disyorkan itu adalah untuk tujuan supaya bayi dapat melihat/mengenal sendiri bagaimana rupanya yang sebenar. Sekaligus dapat menjana otaknya untuk berfikir dan proses ini bukanlah dalam jangkamasa yang lama. Sekejap saja sudah mencukupi.

    Saya tak pernah pula tahu ada pantang macam tu. Tapi, kalau tak ada sebab yang kukuh, rasanya kita buat pilihan yang terbaik untuk bayi.

    Mengenai blog lain tu, terpulanglah kepada mereka bagaimana cara untuk mempromosi blog mereka kepada blogger yang lain. Lebih baik kalau mereka tinggalkan komen atas catatan diblog tersebut.

    ReplyDelete
  3. Kak bayi diusia 4 bln lbh dh pandai pusing bdn k?

    ReplyDelete
  4. Setiap individu bayi itu memiliki keupayaan dan kebolehan yang berbeza. Perhatikan perubahan tingkahlakunya. Jika kelihatan bayi kerap menangis, mungkin dia perlukan bantuan untuk memusingkan badannya dan kembali berbaring. Lakukan secara perlahan dan letakkan bayi ditempat yang tidak mendatangkan mudarat terhadap anggota badannya.

    ReplyDelete