07 April, 2009

KEBOLEHAN DI USIA 2-3 BULAN














Di usia antara 2-3 bulan, anda boleh perhatikan antara kebolehan berikut;
  1. Boleh menggolekkan kepala dan badan sama ada ke kiri atau ke kanan.
  2. Memegang objek dalam masa yang singkat.
  3. Mengangkat kepala dan dada untuk beberapa saat dengan menampung berat di atas siku dan tangan.
  4. Menoleh kearah bunyi.
  5. Gemar memandang objek berwarna-warni.
  6. Mengenali muka dan suara orang yang biasa ada hampir dengannya.
  7. Mengeluarkan bahasa/bunyi suara yang tidak difahami orang lain.
Antara yang boleh anda lakukan;
  1. Gantungkan objek yang berwarna terang dikiri atau dikanan bayi.
  2. Berikan sedikit bantuan untuk bayi memusingkan badannya untuk meniarap.
  3. Bercakap dengan lembut dan berikan senyuman kepadanya.
  4. Renyok atau koyakkan kertas untuk mengeluarkan bunyi.
  5. Mainkan muzik yang merdu.
  6. Berikan mainan lembut yang bersesuaian saiznya, boleh dipegang dan dipicit serta boleh menghasilkan bunyi.
Anda pasti akan dapat melatih bayi untuk belajar meniarap seawal usia ini seperti gambar yang saya sertakan di bawah.

2 comments:

  1. salam,
    puan..
    saya tealh mengusahakan taska, baru 1 tahun.tapi, tak dpt untung pun.defisit akaun lg ada. kanak-kanak 20 org. boleh ajar cara utk akaun taska?

    ReplyDelete
  2. Duratul Ain, anda dijemput untuk hantar email ke sapiahhussien@gmail.com

    Terima kasih kerana berkunjung disini.

    ReplyDelete