02 April, 2009

FUNGSI RANGSANGAN UNTUK KANAK-KANAK

Dalam didikan dan asuhan awal kanak-kanak, Pembimbing Awal perlu mengetahui mengenai perkembangan serta fungsi otak manusia supaya mereka boleh mengenalpasti potensi setiap kanak-kanak di bawah jagaannya dan menyedari mengapa pentingnya rangsangan diberi terhadap mereka dari seawal usianya.

Berdasarkan kajian; pada saat kelahiran bayi, berat otaknya adalah 350 gram atau 25% berat otak dewasa. Bermakna kadar berat otak orang dewasa adalah dalam lingkungan 1.4 kg. Pada usia menjangkau 1 1/2 tahun, otak kanak-kanak mencapai 50% berat otak orang dewasa. Kemudian beratnya akan mencapai 85%-90% otak orang dewasa pada akhir usia 6 tahun.

Apabila usianya mencapai 3 tahun, rangsangan perlu diberikan dengan lebih lagi kerana waktu ini otak kanak-kanak mempunyai kuadrillion(1000 trilion) sinaps, iaitu dua kali ganda sinaps orang dewasa. Sinaps adalah "jaringan" yang menghubungkan saraf-saraf di otak. Neuron(sel saraf) yang dirangsang melalui input dari persekitaran sekeliling akan membentuk sinaps baru serta fungsinya yang baru. Neuron yang tidak dirangsang pula akan mati dan dicantas(terputus).

Otak mengawal segala fungsi manusia. Potensi yang tidak terbentuk pada awal kanak-kanak tidak akan wujud secara tiba-tiba pada usia remaja atau dewasa dan akan hilang sekiranya ia tidak digilap. Wallahua'lam.


2 comments:

  1. Ya memang benar

    Fungsi otak elok di semai sejak kecil, sistem otak merupakan sistem kejadian Allah yang paling canggih. Dalam Quran Allah telah berkata, Aku ciptakan Manusia dengan sebaik-baik kejadian.

    Selamat berjaya semua
    Fauzi
    http://cpintrass.com

    ReplyDelete