14 March, 2009

BENGKEL TEKNIK BERCERITA SIRI 1

Berikutan pengumuman yang telah saya buat pada tulisan yang lalu, saya telah turut menyertainya dengan penuh rasa minat dan ingin tahu. Terlebih dahulu terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia (Puan Norhasliza) yang memberi maklumat kepada saya serta kakitangan yang bekerjasama dengan peserta yang menyertai Bengkel Teknik Bercerita ini. Disediakan makan dan minum, percuma pula. Terima kasih juga atas kerjasama Mama Zakiah dan Puan Sakae Sasamori atas bimbingan dan perkongsian ilmu ini.

Yang pastinya, bengkel ini masih belum berakhir. Masih ada beberapa siri lagi yang harus kami tamatkan. Akan menyusul siri keduanya, InsyaAllah pada 4/4/2009 ditempat yang sama. Untuk kawan-kawan baru yang mungkin singgah keblog saya ini, kita jumpa lagi disana. Untuk anda juga pengunjung blog saya yang tak seindah mana ini, saya bawakan sedikit "buah tangan" dari Bilik Serbaguna PNM untuk tatapan bersama.

Dari kiri Puan Zakiah(Mama Zakiah), ditengah tu sayalah, dan disebelah kanan gambar ni adalah Puan Sakae Sasamori, arigatogozaimasu!..

6 comments:

  1. Hehehehe...
    akak,mana gambar saya?

    ReplyDelete
  2. Tu baru intro je. Next bengkel, jangan lari-lari ye..hehe...

    ReplyDelete
  3. hahaha...
    sy tak lari kak. sy kan urusetia..sy balik jam 2 sebab esoknya (ahad) ,sy kerja dr jam 9.00 sampai kui 6.00 ptg..

    adus!!!
    minggu ni kna dtg lagi utk aktiviti cuti skolah - bercerita.

    minggu dpn, 28, dtg lagi,ada xtvt mewarna KK.

    ReplyDelete
  4. salam..saya jg ikuti bengkel ni..menarik sangat..tq..

    ReplyDelete
  5. Azura bt Hj abdullahSunday, March 29, 2009

    Salam..semua..Bertuahnye saya dapat ikuti bengkel ini. Saya uapkan terima kasih kepada Perpustakaan Negara kerana anjurkan bengkel yang meanarik dan banyak membantu saya di taska (PUSAT JAGAAN KEJORA)di Bdr Tasik Puteri.email saya azurakejora2yahoo.com.my.Bukan sahaja bercerita..lagu yang di ajar puan sakae..menjadi kesukaan anak-anak murid saya..nyanyi jap..he!2."jongkang-jongkit2x,buaian2X,naik atas papan2x,gelongsor2x..pelbagai aksi murid2 saya buat..asl main diluar saje..mesti mereka nyanyi..tak sabar sambung sessi 2 pd 4 april ni..saya bercadang nak cuba teknik bercerita ni sebagai ABM utk pelajaran mate,sains,dan ajar membaca dengan gunakan gambar2 dan fail yang puan sakie..nak ajar nnt..lambatnye..masa..4 april..ye..kepada urusetia tahniah! anda baik2 n menarik bengkel ni..harap byk lg anjurkan bengkel2 sebegini..terutama untuk pengusaha taska dan tadika..kepada puan Sukae Sasamori terima kasih banyak2 jasa anda akan saya kenang sampai bila2,,klu buat bengkel2 jgan lupa email saya...akan Saya ikuti kemana sahaja..Mana tau dapat melawat jepun nanti..He!2..TQ..VERY MUCH..SEE U

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana singgah disini.

    ReplyDelete