15 February, 2009

PERSATUAN TASKA NEGERI SELANGOR

Semalam saya terima surat pekeliling dari Persatuan TASKA Negeri Selangor (PTNS). PTNS adalah dibawah naungan Y.A.M Tengku Putri Hjh.Arafiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj. Saya adalah ahli seumur hidup PTNS sejak 2008.

Presiden PTNS adalah Puan Hjh.Mahanom bt. Hj.Basri. Seorang yang penyanyang dan bersifat keibuan, senang diajak berbicara. Di sebelah ini adalah gambar saya bersama beliau selepas majlis penyampaian Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak ke-6 tahun 2007.

Antara isi surat itu adalah usaha beliau untuk mempopularkan perkataan Pembimbing Awal Kanak-Kanak (PA Kanak-Kanak). Bunyinya kelakar tetapi saya setuju dengan usaha ini. Selama ini, kalau orang bertanya anda yang bekerja di TASKA; awak kerja apa?, mesti anda malu nak jawab; "Pengasuh". Bukan? .Sekarang, kalau anda ditanya soalan itu, anda bolehlah jawab "PA". Rasanya apa reaksi mereka?. Saya membayangkan mereka akan bertanya lagi; "PA kepada siapa?". Jadi, anda jawablah; "PA Kanak-Kanak". Wow!....... :0

6 comments:

  1. saya berminat nak buka taska sendiri, boleh puan tunjuk ajar saya cam ner nak mula?

    ReplyDelete
  2. Dieda; anda dijemput untuk menghantar email ke sapiahhussien@gmail.com

    Terima kasih kerana berkunjung disini.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum.

    saya berminat untk buka taska saya sendiri.
    sekarang saya sedang mencari kursus asuhan kanak kanak.di mana saya boleh menghadiri kursus tersebut.
    jika ada apa apa maklumat saya sertakan email serta nom telefon saya.

    hayatisuffian@yahoo.com
    0195221257.

    terima kaseh.

    ReplyDelete
  4. Salam......

    Kak Sapiah. BeeZee Ventures akan menganjurkan Bengkel Pengendalian & Pengurusan Asas Taska / Tadika. Nanti mintak tolong akak beritau kawan2 yang berminat. Atau layari www.beezeeworkshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..Disini saya war-warkan bahawa Seminar Sains Prasekolah akan bermula.
    Early Childhood Science Seminar 2015.
    Venue : Faculty Of Education, Universiti Malaya
    Date : 27th June 2015
    Suitable For Teachers To Enhance Science Teaching.
    Certificate Provided In Collabration with Universiti Pendidikan Sultan Idris and NCDRC.
    We Train Hands-on Science Seminar using 5E Instructional Model.
    Science Process Skills and Inquiry Based Learning.
    Conduct by Professional Trainers.
    Mr. John Ooi (Chairman of Kiddo's Science World)
    Prof. Dr. Sopia Md. Yassin (Director of NCDRC)
    Call 019-2778415 (Firdaus) 019-3845864 (Amira) now before 15/06/2015 for a special Discount or email to ks_intellectual@yahoo.com.my or www.facebook.com/ksintellectual
    Thank you

    ReplyDelete
  6. Taska untuk diambil alih..tempat strategik sangat..segitiga emas. Reason nak beri tumpuan pada biz yg satu lagi.sila hubungi 0166765514

    ReplyDelete