21 January, 2009

TASKA DI RUMAH

Adakah anda pernah mendengar jenis perniagaan seperti ini? Taska Di Rumah bermaksud;.

Menerima masuk kurang dari 10 orang kanak-kanak berumur dibawah 4 tahun dengan upah.

Kalau tidak, ingin saya kongsikan disini beberapa maklumat bagi anda yang tidak pernah melibatkan diri dalam perniagaan taska. Menurut kajian yang dilakukan oleh ANGKASA, mengatakan;

Daripada program yang telah dijalankan, seramai 430 orang telah hadir dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 72 peratus telah memberi maklumbalas berminat untuk menyertai kursus dan menubuhkan TASKA di rumah.

Anda bayangkan betapa banyak ruang untuk anda isikan dalam perniagaan ini terutamanya bagi surirumah sepenuh masa dan juga ibu tunggal.

Kebiasaannya apabila anda menjalankan perniagaan dari rumah, anda jadi bingung apakah harga yang patut anda letakkan apabila ada permintaan untuk anda menjalankan Taska Di Rumah. Antaranya, anda perlu dapatkan maklumat tentang harga semasa yang dikenakan oleh kenalan anda yang menjalankan perniagaan yang sama dan caj yang dikenakan oleh taska berhampiran persekitaran anda. Dapatkan perbandingan harga dan buatlah keputusan yang bijak.

Sebelum itu, sekiranya berkesempatan ikutilah kursus yang berkaitan supaya perniagaan anda mempunyai hala tuju yang sebenar. Jangan malu untuk memulakan perniagaan ini dan jangan pula malu meletakkan harga. Anda berhak untuk meletakkan harga perkhidmatan yang anda berikan.

Untuk pengetahuan anda juga, perkhidmatan ini adalah di bawah pemantauan pihak JKM dan pihak berkuasa tempatan. Anda harus tahu apakah peraturan yang tersedia bagi perniagaan jenis ini. Ada sedikit perbezaan dengan lain-lain jenis taska. Sila klik disini untuk maklumat mengenai TASKA.

1 comment:

  1. ok, mmg saya berminat untuk membuat business yg sebegini...tapi adakah modal dan pulangan yg kita keluarkan dan dapat berbaloi dengan kemudahan dan keselesaan yg diberikan kepada anak2 ini.Sedia maklum, jikalau taska dirumah dan jumlah anak2 yg dijaga kurang dari 5 orang, pastinya service dan layanan berbeza dengan taska diluar sana...jadi semestilah harganya menjadi lebih dari taska yang ada.

    ReplyDelete