01 February, 2009

CHECKLIST

Kepada mereka yang rajin singgah membaca catatan yang tak seberapa indah ini, tentu rasa macam "stress" pulak. So, kali ini saya ingin mengajak anda menjawab beberapa soalan untuk dijawab. Silalah menjawabnya; (ala-ala denda coz tak ramai nak buat komen/cadangan/bantahan/memeriahkan) catatan dalam blog ni.... ;)
  1. Jika anda boleh melakukan sesuatu kerja, apakah kerja itu?
  2. Apakah dia perkara yang bila anda lakukan, anda rasa seronok dan gembira hingga tidak sedar masa berlalu begitu saja?
  3. Apakah yang anda suka lakukan, walau tanpa menerima apa-apa habuan darinya?
  4. Apakah yang anda lakukan, yang akan pasti membuat anda rasa puas hati?
  5. Apakah yang anda lakukan, akan menghasilkan keputusan yang terbaik bagi diri anda?
  6. Sekiranya ada yang menjadi idola anda, siapakah dia?
  7. Apakah aktiviti yang anda rasakan mudah/"mesra"/sebati dengan diri anda tetapi susah untuk orang lain?
Ok, jawap jangan tak jawap.....

2 comments:

  1. Mak aihh, banyaknya soalan. Saya jawab No.3&4. Saya selalu juga terlibat dgn kerja-kerja amal kebajikan. Di Kulim ada satu pusat anak-anak yatim. Jika ada luang masa, saya akan berada di situ menolong apa-apa yang patut. Kekadang terlanjak sampai malam. Sampai hari ni, tak terlintas langsung nak minta apa-apa drp mereka. Bila berada di situ terasa Dunia ini aman semacam. Tak kira muda atau tua, meraka macam adik beradik. Tak payah suruh, meraka dah tahu apa nak buat. Berlawanan dengan perangai cerdik pandai yg duduk bawah air con kat office. huhuhuhu..

    ReplyDelete