03 December, 2008

PERNIAGAAN TASKA

"TASKA" adalah singkatan kepada perkataan "Taman Asuhan Kanak-Kanak", bermaksud mana-mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun selain dari isi rumah, diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

Bagi anda yang berminat untuk memulakan Perniagaan Taska, boleh dapatkan borang permohonan pendaftaran bersama Buku Garis Panduan Taska daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah anda yang berharga RM10.

Dibawah ini saya kongsikan bersama anda senarai dokumen yang diperlukan dalam proses untuk Pendaftaran Taska :-

  1. Salinan lesen perniagaan dari SSM (ROB/ROC) yang diakui sah.
  2. Surat sokongan dari Jabatan Perancang Bandar seperti MPKJ/MPSJ/MBSA (salinan diakui sah)
  3. Surat sokongan dari Jabatan Kesihatan MBPJ/MPSJ/MBSA (salinan diakui sah)
  4. Surat sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat seperti JBP Kajang/Bangi (salinan diakui sah)
  5. Borang Jadual 11 seperti yang saya nyatakan pada permulaan catatan ini.
  6. Jadual Aktiviti. Jadual adalah mengikut Perkembangan Menyeluruh untuk seminggu terbahagi kepada dua kumpulan umur. (i) 0-2 tahun (ii) 2-4 tahun
  7. Jadual Menu yang seimbang. Jadual menu untuk sebulan terbahagi kepada dua kumpulan umur juga. (i) 0-2 tahun (ii) 2-4 tahun
  8. Pelan lantai. Pelan asal yang menggambarkan sudut-sudut aktiviti dan lain-lain bahagian. Kiraan adalah dalam meter persegi.
  9. Penglibatan ibu bapa. Untuk program tahun terkini dan perancangan tahun hadapan. Ianya haruslah mengandungi tarikh, nama program dan jumlah kehadiran ibu bapa.
  10. Senarai kanak-kanak yang mengandungi nama, umur dan jantina.
  11. Senarai kakitangan yang mengandungi nama, umur, kelayakan dan salinan kad pengenalan yang diakui sah.
  12. Sijil Kursua Asas Asuhan Kanak-Kanak dan sijil-sijil berkaitan termasuk bagi Pengusaha, Penyelia dan Pengasuh (salinan diakui sah)
  13. Wang Pos/Cek (RM50.00), atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Bayaran ini disediakan setelah dokumen telah disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai TASKA.
  14. Pelan lokasi. Pelan dari jalan utama bagi memudahkan pihak JKM mengesan lokasi TASKA.
  15. Peraturan Taska yang disediakan oleh Pengusaha termasuk senarai harga yuran kanak-kanak.
Selamat berjaya dalam Perniagaan TASKA anda. Jumpa lagi!


9 comments:

  1. Bagaimana dengan bantuan kewangan dan ilmu yg perlu ditimba sebelum memulakn perniagaan ini?

    ReplyDelete
  2. Hai Fiza,
    Apa jua perkara yg hendak kita lakukan, bermula dengan ilmu. Minat sudah ada, tambahkannya dengan ilmu. Ikuti Kursus Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf terutamanya JKM(Jabatan Kebajikan Masyarakat)untuk memperolehi sijil yg mendapat pengiktirafan jabatan ini. Kalau di Selangor, saya syorkan untuk anda hubungi Persatuan Taska Negeri Selangor. Anda juga boleh dapatkan nasihat ttg sumber kewangan yg ada dari mereka disana.

    ReplyDelete
  3. blog yang menarik, menyediakan informasi yang berguna tentang TASKA. Jom, kita sama-sama menyokong bidang ini

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Puan UmmiSofea. Selamat datang ke blog saya.

    ReplyDelete
  5. kepada yang perlukan maklumat lengkap dan terkinitentang penubuhan,pendaftaran dan pengoperasian TASKA boleh singgah di laman web www.e-taska.com.....

    ReplyDelete
  6. saya ayu.saya dah ambik kursus KAAK awal tahun nie,dan ada pengalaman 3tahun lam bidang nie.masalah saya skrg xde modal dam tempat yg sesuai bagi saya mmulakan bisnes taska nie.saya betul2 minat n bersunguh2 lam bidang nie..boleh x puan bagi jalan dan cara untuk saya mulukan bisnes nie...

    ReplyDelete
  7. assalammualikum..sapiah.minat itu telah lama terpendam tetapi tidak tahu di mana harus saya ikuti kursus langkah langkah untuk memulakan perniagaan taska...terima kasih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum... pn, saya berminat untuk membuka pusat jagaan/transit untuk pelajar di tadika tempat saya mengajar.mohon bantuan puan/jika pn mempunyai idea untuk membantu saya dalam proses untuk membuka pusat jagaan ini.kanak-kanak sekitar umur 4-6 tahun. terima kasih

    ReplyDelete
  9. knp aya xdpt jumpa laman web www.e-taska .com ada laman web baru ka?

    ReplyDelete