06 November, 2008

MENGAPA MEREKA MENANGIS?

Cuba kenal pasti sebab, puncanya tangisan itu.

Pertamanya, takut sebab tak pernah jumpa dengan teman sekeliling. Ini biasa berlaku.


Keduanya, tak pernah terpisah dengan ibu atau bapa. Juga biasa, lama kelamaan mereka akan dapat membiasakan diri dengan kawan-kawan dan pengasuh.

Ketiganya, mungkin sebab tidak sihat waktu itu. Jadi, ibu bapa silalah beri sedikit waktu untuk bersama anak anda dirumah. Sebolehnya anak yang tidak sihat janganlah dibiarkan di TASKA untuk tempoh waktu yang lama. Perasaan anak perlu diambilkira. Dapatkan rawatan awal untuk anak anda. Jangan biarkan ianya berlarutan.

Keempatnya, mungkin anak berasa tidak selesa. Mungkin belum ditukar lampinnya, belum dimandikan. Mungkin juga dia lapar, perlukan susu. Pengalaman saya, perkara ini sering berlaku. Jadi kerjasama ibu bapa amat penting. Waktu awal pagi, biasanya pengasuh sedang sibuk menyambut anak-anak yang datang. Jadi, bekalkanlah susu yang disediakan dari rumah, gantikan lampinnya at least jikalau anda kesuntukan masa untuk memandikan mereka.

Banyak lagi sebab yang mungkin anda boleh kongsikan bersama disini. So, silalah kongsi pengalaman anda disini.

2 comments:

  1. salam...
    saya tertarik baca blog ni. anak saya pun baru masuk taska 16 nov baru ni.. memang dia nangis sebab sebelum ni pengasuh dia yg jaga. skg ni sy pindah ke kemaman so, susah nk cari pengasuh yg baik. saya pun hantar ke taska ni selepas bbrp kajian. tapi selepas 4 hari ni dia masih menangis dan pantang pintu terbuka mesti meluru ke pintu sebab ingatkan ibu dia dtg ambik. bila dia tgk takde ibu mula la menangis.. sedih saya bila nak ambil dia dr nursery dia dh berair mata dah. agak2 brp lama baru dia serasi dan ok di situ? saya risau juga dgn cara layanan cikgu tp sy sentiasa berfikiran positif. Insya Allah anak saya akan ok..

    ReplyDelete
  2. Ismahani, saya tak pasti berapa usia anak anda. Tapi, kebiasaan bagi anak yang tidak pernah dihantar ke Taska, paling cepat dia boleh biasakan diri dalam 2 minggu mengikut pengalaman saya. Bergantung juga bagaimana pihak Taska menanggani masalah ini. Kerjasama kedua pihak amat perlu. Jadi, berbincanglah dengan pihak Taska. K

    ReplyDelete