20 November, 2008

KEMATIAN BAYI AKIBAT TERSEDAK SUSU

Anda lihat wajah bayi ini. Usianya lingkungan 4 bulan, tapi telah pergi terlebih dahulu menemui penciptaNya. Sejak beberapa hari ini saya tidak mengikuti berita semasa dan tadi saya dikejutkan melalui email dari rakan blog yang saya sertai. Menyedihkan sangat, mengetahui bahawa anak ini telah tiada, kematian dipercayai akibat tersedak susu sewaktu dalam jagaan pihak Taska , lokasinya di Putrajaya.

Sudah agak lama isu seperti ini tidak kedengaran didada akhbar. Ini adalah serius, bukan main-main apabila melibatkan kematian terutamanya bayi. Bagi pihak pengusaha Taska yang lainnya, ambillah ini sebagai pengajaran dan jadikan peringatan dalam urusan pentadbiran di Taska anda. Cuba kaji dimana silapnya. Adakah anda sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih "risau" atau anda membiarkan pengasuh-pengasuh berada dalam fikiran yang "kacau". Anak ini adalah amanah dari Allah, kepada kita semua. yang dewasa. Jadi fikir-fikirkanlah!

Takziah dari saya untuk keluarga Puan Adeline Christine Awent Jon Abdullah dan suami. Semoga bersabar dengan ujianNya ini dan semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya. Amin...

2 comments:

  1. Kak, taska ni di tempat saya bekerja. Terkejut bila dgr kejadian ini. Salam takziah kepada Puan Adeline..

    ReplyDelete
  2. Well, kita kena dengar penjelasan dari penyelia, pengusaha & pengasuh dulu. Manusia tak kan lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui. Kan?

    ReplyDelete