14 November, 2008

LUAHAN RASA SEORANG IBU

Kali ini mari kita amati luahan rasa dari seorang ibu. Katanya " setiap tindakan menyalahi oleh anak kenalah cari puncanya atau sejarahnya mengapa dan kenapa anak-anak bertindak demikian. Usia yang paling mencabar bagi anak-anak ini adalah peralihan dari sekolah rendah ke menengah kerana umumnya semua tahu bahawa masa inilah saat anak-anak ini melalui perubahan perkembangan drastik dari alam kanak-kanak ke alam remaja. Mereka biasanya melihat dengan mata dan akal yang singkat, manakala sebagai orang dewasa melihat dengan mata, hati dan akal." Dan lagi katanya "Ibu bapa janganlah emosional serta menyalahkan guru dan berpihak kepada anak semata-mata. Jika permasalahan itu benar berpihak kepada anak, terimalah dengan hati yang terbuka. Dengarlah hatinya, dalami jiwanya, belailah emosinya dengan cara berhikmah".

Saya sebagai ibu, akan cuba mempersiapkan diri untuk menangani karenah anak-anak yang semakin membesar. Anak-anak zaman ini terdedah dengan dunia informasi tanpa sempadan. Menjadi tanggungjawab kita untuk memberi panduan dan tunjuk ajaran yang sebenar dalam proses mereka melalui liku-liku kehidupan akan datang. Jangan biarkan mereka dengan dunia mereka secara bersendirian. Anak-anak adalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Semoga mereka akan menjadi anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk negara yang tercinta ini.


3 comments:

  1. Adakah anak-anak mahu mendengar luahrasa ibu apabila mereka dewasa kelak?

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. Blog yang menarik.

    dhila
    http://rumahkecilkami.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Iya, pasti ada. Contohnya mcm kita skg. Kita juga anak-anak spt mereka. Paling penting adalah bagaimana cara asuhan yang kita berikan kepada mereka dari peringkat awal.

    ReplyDelete