29 October, 2008

KARENAH KANAK-KANAK

Hi!, nama saya Sapiah Hussien. Saya adalah ibu kepada sepasang cahayamata. Berpengalaman menjaga anak sendiri dan berpengalaman 2 tahun bekerja dalam industri TASKA. Pengalaman ini menambah pengetahuan saya mengenai karenah atau ragam kanak-kanak yang mula membesar, ditambah dengan pembacaan serta perkongsian maklumat oleh ibubapa. Pengalaman menjaga anak sendiri dan menjaga anak-anak di TASKA adalah berbeza. Di TASKA, jika terdapat 50 orang kanak-kanak, maka kita akan bertemu dengan 50 karenah yang berbeza. Maka, janganlah mengganggap bahawa tugas mengasuh dan mendidik adalah mudah!

4 comments:

  1. Salam kak,

    Sbl kawin ada juga niat nak buka taska, tetapi skrg rasanya tidak. Saya baru ada sorang anak, tetapi rasanya macam ada 10 org. Nak jaga yg sorang ni pun susah, apatah lagi yg ramai. Maka saya batalkan niat saya itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp bukankah kejaayaan itu dtg dgn usaha.. usaha itu kunci kejayaan.. teruskan.. belajar dr kesilan.. itu yg sebaiknya.. kita harus mencuba.. begitu uga saya.. bnyak lg yg perlu sy belajar.. sy ini budak bru belajar kalau slh tlg tunjukkn.. :)

      Delete
  2. Hai Gee! Mungkin Gee boleh mulakan dari rumah dulu. Itupun kalau tiada halangan dari keluarga, terutamanya suami. Bagus untuk permulaan, jika mahu mencuba.

    ReplyDelete