07 June, 2016

RAMADHAN 2016




Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca budiman walau dimana jua anda berada.

Agak lama saya tidak meneruskan penulisan diblog ini. Saya mohon maaf kerana saya mencari ruang waktu yang amat selesa buat saya berkarya dilaman blog ini. Bagi anda yang menyertai laman Facebook https://www.facebook.com/sapiahhussien, mungkin ada mengikuti isi kandungannya yang juga tidak begitu aktif, tetapi cukup bagi saya untuk berkongsi aktiviti terkini dari saya. 

Salam Ramadhan buat pembaca Muslimin dan Muslimat sekalian. Semoga Ramadhan kali ini membawa kejayaan dunia dan akhirat buat kita. Bagi pembaca bukan Islam harapan saya anda dapat berkongsi keseronokan rakan yang menjalani amalan dibulan puasa ini. Kemeriahan yang dapat dirasai sewaktu berada di pasar Ramadhan terutama di Malaysia. Seperti yang dikongsikan oleh rakan sekerja saya kini yang kebanyakannya adalah bukan Islam, tetapi mereka menghormati keperluan ibadah bagi rakan beragama Islam seperti waktu solat dan lebih lagi dibulan Ramadhan. Mereka turut mengingatkan anak didik mereka untuk menghormati rakan, guru dan kakitangan yang beragama Islam.

Bagi kanak-kanak taska, tidak semua memahami apa itu Ramadhan. Namun bagi kanak-kanak tadika terutama yang telah mencecah usia enam tahun sudah mula memahami apa itu Ramadhan, mengapa perlu berpuasa, apa aktiviti yang terdapat dalam bulan Ramadhan dan sebagainya. Malah ada juga yang sudah mula dilatih oleh pihak pendidik serta ibu bapa untuk belajar berpuasa. Buat permulaan mungkin boleh dimulakan dengan untuk beberapa jam, kemudian boleh dilanjutkan secara perlahan-lahan tanpa paksaan. Cukup untuk memberi mereka pengalaman dan sedar tentang beberapa perkara seperti rasa ehsan didalam diri tentang betapa sukarnya kehidupan orang yang tidak berkemampuan berbanding diri mereka.  

Bagi golongan Islam yang dewasa, apalah makna Ramadhan ini tanpa ibadah yang sunat dan wajibnya. Jadi, rebutlah peluang yang datang hanya sebulan dalam setahun dalam kalendar hijrah untuk umat Islam. Dikesempatan ini, sekali lagi saya memohon ampun dan kemaafan dari anda jika terdapat kekurangan dalam perkongsian saya melalui laman blog sebelum ini dan jumpa lagi di ruangan penulisan yang akan datang...

14 June, 2015

SKM (Sijil Kemahiran Malaysia)

Makluman khas untuk Pengusaha TADIKA dan Guru TADIKA.

Bagi anda yang memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan adalah dipelawa untuk bersama-sama mendaftarkan diri bagi tujuan menyertai majlis taklimat mengenai SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) yang diiktiraf oleh JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) melalui latihan yang dijalankan oleh Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Untuk kali ini, saya memfokus kepada individu yang berpengalaman dalam bidang TADIKA sahaja. Sedia maklum juga, bahawa SKM bagi bidang TASKA telah mula dilaksanakan. 

SKM memberi pengiktirafan dan memperkasakan sumbangan anda dalam pelbagai bidang kerjaya termasuk yang berkaitan dalam pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak di TASKA dan TADIKA. 

Bagi anda yang berminat untuk menyertai majlis tersebut, sila hubungi saya seperti maklumat berikut:-

Puan Sapiah Hussien
Tel: 013-2555 379
Whatsapp/Telegram: 012-3154 361
Email: sapiah.h@gmail.com

Tempat, masa dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Sekian untuk makluman.


Terima kasih.

23 June, 2013

KANAK-KANAK DAN TEKNOLOGI



Zaman sudah berubah... Ini adalah ungkapan yang sering didengar bila menyentuh mengenai soal penggunaan peralatan teknologi atau gadget yang semakin canggih dengan pelbagai perisiannya. Kanak-kanak dalam usia yang terlalu awal terdedah kepada teknologi ini dan ada yang lebih cekap dari orang dewasa sendiri.

Di taska, kebanyakan pihak pengusaha melarang penggunaannya atau membawa peralatan tersebut ke taska oleh kanak-kanak sewaktu ibu/bapa/penjaga  menghantar anak mereka. Malah didalam syarat dan peraturan juga ada dimasukkan klausa tersebut. Malangnya, seperti dinyatakan diawal tadi, zaman sudah berubah... tidak dapat tidak pihak taska terpaksa berhadapan dengan situasi dimana, ibu/bapa/penjaga terpaksa menghantar anak-anak ke taska bersama dengan gadget yang dikatakan segalanya pintar tersebut dimana harganya mencecah ratusan malah ribuan ringgit kerana tidak mahu meninggalkan anak-anak dalam keadaan menangis dan sebagainya.

Isu sensitif, tetapi ibu/bapa/penjaga perlu menyedari kesannya dan tidak seharusnya menyalahkan pihak taska jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka terhadap peralatan tersebut seperti; hilang, rosak dan sebagainya.

Dari pengamatan saya, pihak taska perlu kreatif untuk mengalihkan perhatian kanak-kanak ini dari peralatan tersebut. Mungkin boleh dibenarkan dalam tempoh tertentu(tidak lebih dari 30 minit) sambil diberikan pilihan bermain peralatan lain dan kemudian disimpan ditempat yang sukar dicapai oleh kanak-kanak. Jelaskan mengapa anda berbuat demikian. Menggunakan "kuasa veto" amatlah tidak digalakkan, maksud saya seperti mengambil secara paksa dari kanak-kanak tersebut.

29 May, 2013

KECEDERAAN DI TASKA


Kemalangan boleh berlaku dimana-mana sahaja. Kejadian yang melibatkan kecederaan dan kemalangan amatlah tinggi terutama dikalangan kanak-kanak. Dalam sekelip mata, apa pun boleh berlaku. Ini adalah kerana perkembangan kebolehannya untuk berfikir masih belum matang dan tingkahlaku yang sukar dijangka sentiasa memerlukan tahap pengawasan keselamatan yang tinggi. 

Sebagai pengusaha dan kakitangan taska, antara tanggungjawab adalah meminimumkan kejadian atau menghindarkan berlakunya perkara yang melibatkan kemalangan dan kecederaan,apatah lagi yang melibatkan kes kematian. Saya pasti ramai rakan pengusaha taska yang bertanggungjawab, cuma mungkin segelintir kakitangan atau pengasuhnya yang tidak amanah serta cuai dalam melaksanakan tugas yang diberi.

Saya ingin kongsikan kepada pengusaha taska mengenai menyediakan laporan kemalangan yang berlaku di taska anda. Sila baca dan jika anda ada sebarang cadangan atau anda memerlukan salinan dalam format microsoft words,  sila email kepada saya di sapiah.h@gmail.com


TASKA …………………………..
LAPORAN KECEDERAAN INDIVIDU

Nama Kanak-Kanak:                                               Tarikh Kejadian:

Tarikh Lahir:                                                            Waktu:  
         
Jam:

Nama Ibu:                                                                  Waktu dihubungi: 
                                                                                    Jawapan panggilan:

Nama Bapa:                                                               Waktu dihubungi:
                                                                                    Jawapan panggilan:

Keterangan Kecederaan:

Rawatan kecemasan awal dilakukan:

Adakah khidmat perundingan doktor diperolehi:

Nama doktor dan alamat:

Diagnosis oleh doktor:  

Jumlah hari kanak-kanak tidak hadir selepas kejadian:

Pengasuh yang terlibat sewaktu kejadian:

Pengasuh yang terlibat selepas kejadian:

Penerangan aktiviti, lokasi dalam kemudahan dan keadaan, sebaik sebelum dan pada masa kecederaan:



Laporan disediakan oleh:                                         Tarikh: